Di bawah ini adalah polisi jual beli yang telah ditetapkan oleh kami. Dan ianya digunapakai utk semua jenis urusan jual beli.
HARGA
1. Kami berusaha untuk menawarkan harga yang sangat kompetitif kepada anda dari masa ke semasa. Namun, kami TIDAK MENJANJIKAN, harga yang kami berikan hari ini akan tetap sama dengan untuk yang kehadapan. Turun naik harga adalah bergantung kepada keadaan.
PEMBAYARAN
1. Anda dinasihatkan supaya membuat pembayaran yang tepat, seperti harga jualan.
2. Pembayaran yang dilakukan daripada bank lain, memerlukan beberapa jam/hari untuk kredit ke akaun kami. Kami hanya akan membuat pengeposan HANYA SETELAH wang berjaya dikreditkan ke akaun kami. Sila rujuk dengan bank masing-masing bagi memastikan tempoh tersebut.
3. Resit / Bukti pembayaran yang jelas WAJIB diajukan kepada pihak kami (cetakan resit / screenshoot ). Jika anda membuat pembayaran melalui pindahan Online, sila "c.c" kan transaksi tersebut ke email kami, yuricoent@gmail.com.
4. Pengesahan pembayaran akan dilakukan dalam masa 2-4 jam. Ini kerana, hanya pemilik syarikat sahaja yang mempunyai akses kepada akaun bank.
5. TIADA PEMULANGAN SEMULA SEBARANG WANG DEPOSIT / BOOKING dapat dibuat sekiranya tempahan/booking dibatalkan oleh pembeli.
PRODUK
1. Anda dinasihatkan supaya merujuk kepada gambar produk yang terdapat di blog / FB kami sahaja sebagai rujukan.
2. PENGELUAR (kilang) TIDAK MENJANJIKAN warna/design adalah sama 100% pada sesi penghasilan yang berbeza. Seterusnya kami juga TIDAK MENJANJIKAN design/warna adalah sama 100% dengan produk yang anda beli sebelum ini samada daripada kami atau penjual lain. Namun, semua pihak semestinya akan cuba buat yang terbaik ke atas produk-produk.
3. Pihak kami TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap barangan yang rosak yang berlaku sepanjang tempoh penghantaran kepada pembeli. Kami akan memastikan setiap barangan yang hendak dihantar dalam keadaan baik, dan dibungkus dengan cermat. Namun kami bersedia untuk membincangkan hal ini dengan pelanggan kami, tertakluk kepada budi bicara kami.
4. Warna barangan yang anda lihat secara ONLINE, tidak menjanjikan ianya 100% dengan produk fizikal. Hubungi kami untuk pengesahan sebelum membuat pembelian.
JANGKA MASA PENGHANTARAN
1. Setiap yang berkaitan dengan jangkamasa yang kami maklumkan pada anda, adalah satu jangkaan sahaja. Ianya tidak boleh dianggap sebagai satu jangkamasa yang tepat. Kerana ianya tertakluk kepada syarikat courier/pengangkutan itu sendiri, juga beberapa faktor yang lain. Tempoh jangkaan yang kami dapat berikan adalah seperti di bawah :
Barangan Ready Stock
= POSLAJU : Semenanjung 1-3 hari bekerja / Sabah&Swak : 5-8 hari bekerja
Barangan 'pre-order'
=3-4 minggu.
Barangan Tempahan
= 10 hari bekerja
No comments:
Post a Comment